19 Apr
Maafkan saya kerana lambat untuk membuat pengumuman ini. Pakej reseller hosting saya sebenarnya sudah lama ditutup ekoran beberapa masalah teknikal. Namun, tidak lama lagi saya akan membuka peluang ini kepada pembaca blog ini bagi menceburi bidang hosting.
Harap semua pembaca blog dapat bersabar.
2 Apr
Seperti dari tajuk di atas, saya ingin mengulas beberapa perkara. Sememangnya agak sukar bagi saya untuk mengupdate blog ini. Apatah lagi berkecimpung di dalam IM. Ini semua gara-gara kerana saya kini berada di asrama yang jarang mempunyai kemudahan komputer. Bukan itu sahaja, saya juga hanya dapat melayari internet hanya sekali sebulan.
Oleh itu, untuk memastikan wang sentiasa masuk pada saya, saya sentiasa merangka strategi semasa di asrama. Saya merangka pelbagai strategi semasa di asrama untuk saya gunakan semasa pulang bermalam. Alhamdulillah, setakat ini, setiap kali pulang bermalam hasil yang saya dapat tidak kurang dari RM 300+. Saya ingin berkongsi ilmu dan strategi saya ini jika ada kesempatan.
Baiklah , dari apa yang saya lihat. Strategi yang telah saya rangka itu telah menjanakan wang untuk saya pada masa yang saya inginkan. Ini telah membuka mata saya bahawa saya boleh mendapatkan wang sesuka hati saya. Dapat dilihat disini bahawa strategi yang baik dan matlamat yang terperinci perlu ada untuk berjaya.
Sebelum pulang ke asrama, saya sudah menyiapkan bekalan untuk membantu saya mengkaji pasaran akan datang dan ini memudahkan saya . Apabila saya pulang, saya mengambil masa dalam 30 minit sehari untuk mendapatkan wang. Ianya juga bergantung pada hasil usaha saya. Oleh sebab saya ni terlalu malas, saya hanya mampu menjana RM300+ setiap kali cuti sekolah.
Diharap pos saya ini dapat memberi semangat kepada anda terutama kepada mereka yang masih belum mendapat apa-apa hasil dari internet. Sekian, wasalam
3 Dec
Alhamdulillah, hari ini saya dapat menjana duit sebanyak $60. Ini semua hasil selepas menjual website anime saya tu. Proses transaksi berjalan dgn baik sekali. Nampaknya saya dpt menghasilkan $60 dalam seminggu utk 1 website. Hmm… bagaimana agaknya kalau saya buat lagi banyak website?
Oleh kerana kemalasan yang melanda diri saya ini, saya hanya menghasilkan 1 website sahaja bila2 saya ingin menghasilkannya. InsyaAllah, saya akan tambah lagi banyak website utk mendapatkan pulangan yang lebih byk. Pos kali ini adalah sekadar motivasi untuk anda semua dan bukan untuk menunjuk - nunjuk.
Tapi saya tidak untung byk mana, sekadar dalam:
Database = $35
Template = $10
Jualan = $60
Adsense = $3
Jadi $63 - $45 = $18
Jadi untung bersih saya hanya $18. Namun saya amat bersyukur kerana selepas ini, saya akan membuat lebih banyak website dan akan menjualnya. Jualan seterusnya insyaAllah akan mendapat margin keuntungan sebanyak 70% ke atas. Jadi, kini semangat untuk meneruskan Bisnes ini semakin membara. Saya harap anda semua mendapat sesuatu dari pos ini. Sekian
30 Nov
Alhamdulillah, selepas lama blog ini dibiarkan, kini ia telah diberi nafas baru dan berbekalkan ilmu yang telah ditimba sebelum ini, maka lebih banyak maklumatlah yang boleh saya kongsikan bersama pembaca blog saya. Tidak banyak yang boleh saya katakan kerana saya anggarkan blog ini sudah tidak akan muncul kembali kerana saya pun sudah mula bosan untuk meneruskan kerja-kerja blogging ini. Namun, setelah diberi motivasi oleh beberapa orang rakan seperjuangan saya, saya telah bersemangat kembali untuk meneruskan blog ini.
Untuk makluman anda semua, blog ini telah saya tinggalkan pada awal tahun 2007. Ini adalah gara-gara saya terpaksa berpindah ke sekolah berasrama penuh di Seremban. Nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sains Seremban. Kesibukan hidup di Asrama dan tiada peluang untuk online menutup peluang saya untuk terus bergiat di dalam perniagaan internet ini dan sekaligus menimbulkan keinginan untuk menarik diri dari dunia bisnes ini.
Tapi kini saya telah membawa nafas baru kepada blog ini dan saya sudah bersedia untuk berblogging. Salam akhir saya, sekian. ![]()