Seperti dari tajuk di atas, saya ingin mengulas beberapa perkara. Sememangnya agak sukar bagi saya untuk mengupdate blog ini. Apatah lagi berkecimpung di dalam IM. Ini semua gara-gara kerana saya kini berada di asrama yang jarang mempunyai kemudahan komputer. Bukan itu sahaja, saya juga hanya dapat melayari internet hanya sekali sebulan.

Oleh itu, untuk memastikan wang sentiasa masuk pada saya, saya sentiasa merangka strategi semasa di asrama. Saya merangka pelbagai strategi semasa di asrama untuk saya gunakan semasa pulang bermalam. Alhamdulillah, setakat ini, setiap kali pulang bermalam hasil yang saya dapat tidak kurang dari RM 300+. Saya ingin berkongsi ilmu dan strategi saya ini jika ada kesempatan.

Baiklah , dari apa yang saya lihat. Strategi yang telah saya rangka itu telah menjanakan wang untuk saya pada masa yang saya inginkan. Ini telah membuka mata saya bahawa saya boleh mendapatkan wang sesuka hati saya. Dapat dilihat disini bahawa strategi yang baik dan matlamat yang terperinci perlu ada untuk berjaya.

Sebelum pulang ke asrama, saya sudah menyiapkan bekalan untuk membantu saya mengkaji pasaran akan datang dan ini memudahkan saya . Apabila saya pulang, saya mengambil masa dalam 30 minit sehari untuk mendapatkan wang. Ianya juga bergantung pada hasil usaha saya. Oleh sebab saya ni terlalu malas, saya hanya mampu menjana RM300+  setiap kali cuti sekolah.

Diharap pos saya ini dapat memberi semangat kepada anda terutama kepada mereka yang masih belum mendapat apa-apa hasil dari internet. Sekian, wasalam